Thursday, April 29, 2010

Sejarah sebelum pembentukan kumpulan CRK


Addie adalah pemain bass kumpulan Whitesteel yang diasas oleh Rahim Maarof,untuk mengiringi mana-mana konsert beliau pada masa itu..sebelum tercetusnya album Cinta Kristal lagi.Maka pada masa itu Sham baru saja keluar dari (Wings).Kebetulan pada masa yang sama Sham mempunyai seorang penyanyi bernama Nor berasal dari Klang.Nor adalah teman
persekolahan kepada Syamrani..menyatakan tentang hasrat untuk penubuhan Cristal nama asal CRK.
Syamrani pada masa itu adalah seorang pemain gitar untuk kumpulan Hydra dibawah naungan Boxoffice (Ali Bakar)..bersetuju untuk bekerjasama demi mencapai matlamat arah tujuan dan peluang yang ada dihadapan..1.bekerja malam dikelab 2.menjadi band pengiring untuk artis 3.peluang rakaman dari syarikat WEA 4.pendapatan tetap 5.menimba ilmu dan pengalaman. Ujang (drum) diterapkan bersama untuk memantapkan lagi peluang yang tersedia ada.
Latihan demi latihan membuatkan musik Cristal (CRK) bertambah mantap sehingga mendapat peluang dikelab-kelab K.L dan Lembah Klang.Memandangkan kumpulan ini mendapat peluang
bermain luar dari K.L..Nor (penyanyi) menarik diri atas faktor bekerja tetap disalah sebuah bank diibu kota..membatas pergerakannya untuk meneruskan perjuangan...maka tempatnya telah digantikan oleh Kamal.
Disini bermulanya perjalanan kumpulan dan penukaran nama kepada CRK..atas nasihat pihak syarikat rakaman,memandangkan pada masa yang sama ada sebuah kumpulan trio (perempuan) telah menggunakan nama Cristal.
CRK telah diberi kepercayaan oleh Rahim Maarof untuk mengiringi beliau selama 2tahun..sehingga terlahirnya album Cinta Kristal.
Lahirnya album Cita dan Airmata membuat CRK dikenali ramai sehingga menjadi siulan dan menduduki carta Musik-musik TV3 selama 7bulan.. merupakan sebuah kumpulan yang terlama berada didalam carta.Paling mengecewakan apabila tidak terpilih secara automatik keperingkat akhir Musik-musik..ia telah menjadi satu isu ketidak puasan peminat tentang pemilihan.
Tahun selepasnya pihak TV3 telah merombak semula,artis yang bertahan selama 6bulan didalam carta akan layak secara automatik keperingkat akhir.
Sham dan Ujang telah menarik diri dari CRK atas faktor peribadi dan digantikan oleh Din(drum) dan Man Kidal sebagai pemain gitar utama untuk persembahan pentas yang diterima..persembahan dikelab malam dan album,CRK telah menggunakan khidmat Aji(gitar) untuk memantapkan lagi musik CRK
Lahirnya album ke2 CRK bertajuk Airmata Cinta..membuatkan kami berada didua persimpangan antara album atau bermain dikelab secara lebih profesional..kerana pendapatan amat memuaskan disamping menimba ilmu diperautauan negara.Disini..Din(drum)dan Kamal menarik diri dan digantikan oleh Fendi(Sotong)..Kumpulan ini telah menukar nama kepada Corrien and The Lynx..dengan kemasukkan penyanyi wanita berasal dari Ireland.
Selang beberapa tahun kemudian..Addie telah menarik diri meninggalkan kumpulan dan digantikan oleh Kelly(bass).
Dari awal penubuhan CRK ..1986,Syamrani merupakan anggota terlama didalam kumpulan asal yang mash bertahan sehingga dibubarkan pada awal tahun 1996.



Wednesday, April 28, 2010

CRK - Kita Yang Bernama Manusia

Addie,Ujang,Syamrani,Sham dan Kamal

Kembali kesatu suara-CRK

Lagu ini dicipta dan dinyanyikan oleh Syamrani
CRK..lirik ditulis oleh Aidit Alfian.pemain gitar
undangan Man Kidal..Suntingan dari album
kedua kumpulan CRK.Lagu ini terpilih untuk
dihantar keJepun dalam pertandingan oleh
pihak syarikat WEA, yang diuruskan oleh
saudara Arab..memandangkan lagu ini telah
menjadi koleksi peribadi CRK ianya dibatalkan.

Tuesday, April 27, 2010

Album Pertama CRK -Cita dan Airmata

Album pertama ini mempunyai 10buah lagu;
* Mayang mengurai
*Cita dan airmata
*Ratu pentas cinta
*Kita yang bernama manusia
*Hulurkan tangan tanda persahabatan
*Anugerah..Prolog
*Pandang pertama
*Krisis
*Warna sutera indah
*Anugerah..epilog



CRK - Hulurkan Tangan Tanda Persahabatan (klip filem)
petikan filem Pemburu Bayang (tayang tahun 1993). ini adalah salah satu lagu kumpulan CRK yang dipetik daripada album pertama mereka yang popular dengan lagu Cita & Airmata. .. ini kali kedua CRK tampil dalam filem, selepas kemunculan sulung mereka dalam filem Bayangan Maut (1991) dengan lagu Cita & Airmata. rakaman filem Pemburu Bayang ni dalam tahun 1992, iaitu tahun di mana CRK keluar
dengan album kedua mereka. mungkin masa rakaman filem ni album kedua mereka belum keluar, sebab tu masih menggunakan lagu daripada album pertama mereka.








Cita dan Airmata - full version

Album ke 2 CRK - Air mata cinta






Addie,Din,Syamrani.Aji n Kamal

Bekas pemain drum kumpulan ini iaitu ujang kini bergiat di dalam bidang perniagaan sendiri dan mempunyai sebuah syarikat penjualan keretanya di Nilai 9, masih lagi bermain muzik tapi tidak serancak dulu beliau juga di kenali sebagai Duan.Din merupakan pemain drum untuk album kedua CRK.
Selepas perpecahan CRK Syamrani,Addie dan Din telah menubuh sebuah kumpulan diberi nama LYNX menggunakan khidmat Aji (gitar) dan penyanyi perempuan bernama Corrine berasal dari Ireland untuk membuat persembahan di hotel-hotel, seperti diSingapura.Shanghai,Hong Kong,Phnom Penh Kemboja dll.
Syamrani diberi tawaran bekerja diAmbang Klasik TV3 sebagai Executive dan diberi peluang bermain dengan kumpulan UTAMA (Ukay), penyanyi asalnya iaitu Amir...yang telah digantikan oleh Rahmad (Mega).
Syamrani (keyboard) kini sedang membuat persembahan bersama kumpulan barunya bernama 30cent diAngsana Bistro Shah Alam.. setelah selesai kontrak mereka di kelab Metro Klang selama 4 bulan setengah.
Manakala pemain bass, Addie giat membuat pesembahan bersama kumpulan barunya iaitu Thunderstorm.
Syam pemain gitar,juga masih giat membuat persembahan di kelab malam bersama Sky High.
Kamal penyanyi menjadi usahawan penternak cacing di Melaka.
Aji permain gitar kini menjadi pemusik mengirigi artis-artis tempatan seperti Shila Majid,Anita Sarawak dll
Din permain drum menjalankan perniagaan barangan kulit diJohor Bahru

Album ke 2..
*Arus hidup
*Airmata cinta
*Hanya yang satu
*Khayalan semata
*Kembali kesatu suara
*Hanyalah termasuk habuk
*KIta bina istana cinta
*Penyakit jiwa
*CRK blues
*Kiasan cinta

Saturday, April 24, 2010