Thursday, April 29, 2010

Sejarah sebelum pembentukan kumpulan CRK


Addie adalah pemain bass kumpulan Whitesteel yang diasas oleh Rahim Maarof,untuk mengiringi mana-mana konsert beliau pada masa itu..sebelum tercetusnya album Cinta Kristal lagi.Maka pada masa itu Sham baru saja keluar dari (Wings).Kebetulan pada masa yang sama Sham mempunyai seorang penyanyi bernama Nor berasal dari Klang.Nor adalah teman
persekolahan kepada Syamrani..menyatakan tentang hasrat untuk penubuhan Cristal nama asal CRK.
Syamrani pada masa itu adalah seorang pemain gitar untuk kumpulan Hydra dibawah naungan Boxoffice (Ali Bakar)..bersetuju untuk bekerjasama demi mencapai matlamat arah tujuan dan peluang yang ada dihadapan..1.bekerja malam dikelab 2.menjadi band pengiring untuk artis 3.peluang rakaman dari syarikat WEA 4.pendapatan tetap 5.menimba ilmu dan pengalaman. Ujang (drum) diterapkan bersama untuk memantapkan lagi peluang yang tersedia ada.
Latihan demi latihan membuatkan musik Cristal (CRK) bertambah mantap sehingga mendapat peluang dikelab-kelab K.L dan Lembah Klang.Memandangkan kumpulan ini mendapat peluang
bermain luar dari K.L..Nor (penyanyi) menarik diri atas faktor bekerja tetap disalah sebuah bank diibu kota..membatas pergerakannya untuk meneruskan perjuangan...maka tempatnya telah digantikan oleh Kamal.
Disini bermulanya perjalanan kumpulan dan penukaran nama kepada CRK..atas nasihat pihak syarikat rakaman,memandangkan pada masa yang sama ada sebuah kumpulan trio (perempuan) telah menggunakan nama Cristal.
CRK telah diberi kepercayaan oleh Rahim Maarof untuk mengiringi beliau selama 2tahun..sehingga terlahirnya album Cinta Kristal.
Lahirnya album Cita dan Airmata membuat CRK dikenali ramai sehingga menjadi siulan dan menduduki carta Musik-musik TV3 selama 7bulan.. merupakan sebuah kumpulan yang terlama berada didalam carta.Paling mengecewakan apabila tidak terpilih secara automatik keperingkat akhir Musik-musik..ia telah menjadi satu isu ketidak puasan peminat tentang pemilihan.
Tahun selepasnya pihak TV3 telah merombak semula,artis yang bertahan selama 6bulan didalam carta akan layak secara automatik keperingkat akhir.
Sham dan Ujang telah menarik diri dari CRK atas faktor peribadi dan digantikan oleh Din(drum) dan Man Kidal sebagai pemain gitar utama untuk persembahan pentas yang diterima..persembahan dikelab malam dan album,CRK telah menggunakan khidmat Aji(gitar) untuk memantapkan lagi musik CRK
Lahirnya album ke2 CRK bertajuk Airmata Cinta..membuatkan kami berada didua persimpangan antara album atau bermain dikelab secara lebih profesional..kerana pendapatan amat memuaskan disamping menimba ilmu diperautauan negara.Disini..Din(drum)dan Kamal menarik diri dan digantikan oleh Fendi(Sotong)..Kumpulan ini telah menukar nama kepada Corrien and The Lynx..dengan kemasukkan penyanyi wanita berasal dari Ireland.
Selang beberapa tahun kemudian..Addie telah menarik diri meninggalkan kumpulan dan digantikan oleh Kelly(bass).
Dari awal penubuhan CRK ..1986,Syamrani merupakan anggota terlama didalam kumpulan asal yang mash bertahan sehingga dibubarkan pada awal tahun 1996.



No comments:

Post a Comment