Tuesday, October 29, 2013

CRK membuat persembahan diSungai Petani(S.P)Kedah-1-12-2013


Nantikan kemunculan CRK buat pertama kalinya di S.P(sungai petani)Kedah..'insyaallah kami akan memberi kejutan istimewa serta musik yang mantap untuk orang utara, memandangkan peminat setia masih ternanti-nanti akan kemunculan kami'..ujar Ujang berseloroh...jangan lupa untuk membawa keluarga ditapak pesta pada 1-12-2013  ini.Pada mereka yang tak berkesempatan boleh datang pada 16-12-2013.


Monday, October 14, 2013

Raja azmi dan Addie CRK sah menjadi suami isteri...




Istana Budaya



Gambar kenangan CRK bersama pengantin dua sejoli...
Ucapan terima kasih buat Tv3 dan semua wartawan media serta kenalan artis yang turut memeriahkan majlis ini..terima kasih-AddieCRK

  
Kenalan artis dan wawancara Wanita Hari Ini Tv3

Monday, July 15, 2013

AddieCRK dan Raja Azmi..tiada rahsia antara mereka..


Kami anggota CRK mengucapkan Selamat Berbahagia kepada permain bass kesayangan kami Addie & Raja Azmi semoga mereka bahagia keanak cucu.
Terlalu banyak cerita disebalik nama mereka,namun segalanya terjawab sudah apabila berita pertunangan dan pernikahan mereka ditetapkan selepas Hari Raya ini..jadi sama2lah kita tunggu yekk..

Thursday, March 14, 2013

Wawancara radio THR astro bersama CRK













                                       
Ucapan terima kasih dari CRK buat DJ Nazz serta crew yang terlibat menjayakan racangan ini

Chestnut Bistro K,L - live




http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&file=/2013/3/11/mstar_hiburan/20130310225541


KUALA LUMPUR: Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang pernah menyekat kumpulan-kumpulan muzik rock pada tahun 1992 kini memberi ruang kepada mereka untuk beraksi semula menerusi program Rockers Apa Khabar.
Penerbit bersekutunya, Megat Syafnir Farree berkata, hal ini membuatkan kumpulan-kumpulan rock yang tidak sempat menempa nama dalam industri muzik tempatan diberi dalam program 13 episod tersebut.
"Usaha mengembalikan kegemilangan zaman rock kapak atas kerjasama RTM adalah satu penghargaan yang sangat besar setelah muzik ini pernah disekat satu ketika dahulu.
"Selain itu, menerusi Rockers Apa Khabar, pihak RTM ingin membuat koleksi kumpulan-kumpulan rock yang pernah ada di negara kita," katanya pada pelancaran Rockers Apa Khabar di Dataran Palma, Ampang di sini, Ahad.
Sebanyak 13 kumpulan rock termasuklah kumpulan Utopia, Meditasi, Samudera, CRK, Putra, Satira, Burnmark, EYE, Lela, Graviti, Junction, Handy Black dan Bloodsheed telah berkumpul bagi menjayakan program Rockers Apa Khabar yang bakal ditayangkan pada Jun depan di TV2.
Setiap kumpulan akan menyampaikan enam buah lagu popular masing-masing seperti Sinambungan Cinta oleh Graviti, Maya Percintaan (Utopia), Surat Dari Hiroshima (Satira), Bidadari (Lela), Srikandi Cintaku (Bloodshed), Izinkan Selamanya Nama di Hati (EYE) dan Kain Cinta Putih (Putra).
Menurut pengarah kreatifnya, Bakaruddin Daud yang juga merupakan ahli kumpulan Meditasi, program selama sejam itu bukan sahaja menampilkan persembahan nyanyian sahaja, bahkan juga kehidupan kumpulan-kumpulan tersebut.
"Dalam program ini, ia turut memaparkan kehidupan sebenar para artis rock ini di mana tidak semuanya hidup senang.
"Namun, muzik mereka masih lagi mantap dan bertenaga jika membuat persembahan.
"Kumpulan-kumpulan rock otai sudah lama tidak mendapat publisiti di media. Apabila dapat berkumpul seperti ini untuk satu sesi fotografi, ia suatu pengalaman yang berharga buat kami," ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

http://mrbelia.pun.bz/usaha-memburu-rockers2-80an-malaysia.xhtml

http://perakkume.blogspot.com/2013/03/rockers-ape-kaboooooo.html


Friday, March 8, 2013

Warnairama CRK - live


-Pandang Pertama
        -Cita Dan Airmata
        -Hanya Termasuk Habuk









Thursday, February 14, 2013

Kejutan..?single terbaru 2013 untuk peminat CRK

SEDUTAN RAKAMAN PERSENDIRIAN
facebook



CRK akan membuat beberapa kejutan dlm album single akan datang untuk peminat2.Pemilihan lagu sedang dibuat,sebelum proses rakaman bermula disalah satu studio daerah kota Melaka.Kami telah membuat pemilihan beberapa orang artis tanahair ternama yang bersesuaian untuk digabungkan bersama CRK.