Thursday, March 14, 2013

Chestnut Bistro K,L - live




http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&file=/2013/3/11/mstar_hiburan/20130310225541


KUALA LUMPUR: Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang pernah menyekat kumpulan-kumpulan muzik rock pada tahun 1992 kini memberi ruang kepada mereka untuk beraksi semula menerusi program Rockers Apa Khabar.
Penerbit bersekutunya, Megat Syafnir Farree berkata, hal ini membuatkan kumpulan-kumpulan rock yang tidak sempat menempa nama dalam industri muzik tempatan diberi dalam program 13 episod tersebut.
"Usaha mengembalikan kegemilangan zaman rock kapak atas kerjasama RTM adalah satu penghargaan yang sangat besar setelah muzik ini pernah disekat satu ketika dahulu.
"Selain itu, menerusi Rockers Apa Khabar, pihak RTM ingin membuat koleksi kumpulan-kumpulan rock yang pernah ada di negara kita," katanya pada pelancaran Rockers Apa Khabar di Dataran Palma, Ampang di sini, Ahad.
Sebanyak 13 kumpulan rock termasuklah kumpulan Utopia, Meditasi, Samudera, CRK, Putra, Satira, Burnmark, EYE, Lela, Graviti, Junction, Handy Black dan Bloodsheed telah berkumpul bagi menjayakan program Rockers Apa Khabar yang bakal ditayangkan pada Jun depan di TV2.
Setiap kumpulan akan menyampaikan enam buah lagu popular masing-masing seperti Sinambungan Cinta oleh Graviti, Maya Percintaan (Utopia), Surat Dari Hiroshima (Satira), Bidadari (Lela), Srikandi Cintaku (Bloodshed), Izinkan Selamanya Nama di Hati (EYE) dan Kain Cinta Putih (Putra).
Menurut pengarah kreatifnya, Bakaruddin Daud yang juga merupakan ahli kumpulan Meditasi, program selama sejam itu bukan sahaja menampilkan persembahan nyanyian sahaja, bahkan juga kehidupan kumpulan-kumpulan tersebut.
"Dalam program ini, ia turut memaparkan kehidupan sebenar para artis rock ini di mana tidak semuanya hidup senang.
"Namun, muzik mereka masih lagi mantap dan bertenaga jika membuat persembahan.
"Kumpulan-kumpulan rock otai sudah lama tidak mendapat publisiti di media. Apabila dapat berkumpul seperti ini untuk satu sesi fotografi, ia suatu pengalaman yang berharga buat kami," ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

http://mrbelia.pun.bz/usaha-memburu-rockers2-80an-malaysia.xhtml

http://perakkume.blogspot.com/2013/03/rockers-ape-kaboooooo.html


No comments:

Post a Comment